(a)
untuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud
mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;
(b)
untuk memantau kerja-kerja bagi perlindungan haiwan, termasuklah haiwan dalam
rumah penyelamat, tempat perlindungan haiwan atau kawasan perlindungan;
(c)
untuk memantau keadaan tempat di mana haiwan boleh mencari perlindungan apabila
haiwan itu lemah atau memerlukan perlindungan;
(d)
untuk memberikan pendidikan berhubung dengan layanan berperikemanusiaan kepada
haiwan dan untuk menggalakkan pembentukan pendapat umum berhubung dengan tindakan
mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;
(e)
untuk mempromosikan kebajikan haiwan melalui ceramah, buku, poster, pameran
sinematografi dan lain-lain;
(f)
untuk menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan kebajikan
haiwan, pencegahan tindakan yang mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan ke
atas haiwan, pencegahan pembunuhan yang tidak perlu dan untuk mengadakan peruntukan
bagi kebajikan dan kesejahteraan haiwan;
(g)
untuk mentadbirkan, menguatkuasakan dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta
ini; dan
(h)
untuk melaksanakan semua fungsi sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta ini atau
perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, termasuklah fungsi yang boleh
diamanahkan kepada Lembaga di bawah arahan Menteri.