Apakah ‘kebajikan haiwan’
‘Kebajikan haiwan’ adalah bagaimana sesuatu haiwan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di mana ia berada. Haiwan boleh dikatakan berada dalam tahap kebajikan yang tinggi bilamana (berdasarkan indikasi bukti saintifik) ia sihat, selesa, mendapat bekalan makanan dan nutrisi yang cukup, selamat daripada sebarang bentuk ancaman, dapat mempamerkan corak kelakuan semulajadi, dan dalam keadaan tidak menanggung sebarang kesakitan, derita, dan tekanan. Tahap kebajikan haiwan yang tinggi memerlukan kawalan penyakit dan rawatan perubatan veterinar, tempat penginapan yang bersesuaian, pengurusan, nutrisi, pengendalian secara berperikemanusiaan dan penyembelihan/pembunuhan yang berperikemanusiaan.
Kebajikan haiwan merujuk kepada keadaan haiwan tersebut; manakala layanan yang diterima oleh haiwan dirangkumi dalam terma lain seperti penjagaan haiwan, pengurusan haiwan dan juga layanan secara berperikemanusian.
* Definisi berdasarkan yang diterima pakai umun telah pun ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE)* .
OIE adalah suatu organisasi di antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1924 dengan keanggotaan daripada 178 buah negara yang diwakili oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dari setiap negara sebagai delegasi kebangsaan.